Sunday, 27 September 2015

PENGENALAN ETNIK DAN KAUM

PENGENALAN :

Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun campuran ini dalam kata yang sebenar adalah bergaul tetapi tidak bercantum




TAKRIF ETNIK DAN KAUM :


Etnik didefinisikan sebagai satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama, sama ada dari aspek adat resam, bahasa, pakaian atau kegiatan ekonomi.
konsep etnik kebiasaannya dikaitkan dengan konsep ras, bangsa, dan kaum walaupun hakikatnya ketiga ketiga perihal tersebut membawa maksud yang berbeza.
Dlam konteks negara malaysia terdapat pelbagai kumpulan etnik yang wujud samada di semenanjung Malaysia mahupun Sabah dan Sarawak.




PENDAPAT DAN PANDANGAN FALSAFAH LAIN:


Joe R.Feagin dan Clairece Ooher Feagin (1996) mendefinisikan :
"A group socially distinguished or set apart, by othersor byitself, primarily on the basis of cultural or national origin characteristics"
Milton Gordon's (1964) mendefinisikan :
"Ethnic group is a social group distinguished by race, religion, or national origin''

ETNIK DAN KAUM DI MALAYSIA





KAUM MELAYU

Orang melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu secara umumnya. Pada suatu ketika dahulu, ekonomi utama masyarakat Melayu persisir pantai adalah perdagangan. Perdagangan utama adalah melalui sungai sungai utama Tanah Melayu. Justeru, kerajaan Melayu tradisional tertumpu di tepi sungai dan muara sungai. Kegiatan utama orang Melayu pada masa dahulu jugak adalah menangkap ikan (nelayan) dan bertani untuk sara diri. Kaum melayu masih kekal di perkampungan masing masing walaupun terdapat kemunculan bandar-bandar baru disebabkan oleh kemasukan buruh buruh asing oleh Bitish pada ketika zaman penjajahan


BUDAYA DAN AGAMA


Orang Melayu khususnya menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Merisik, meminang, bertunang dan bersanding adalah adat perkahwinan orang Melayu. Cukur jambul kebiasaannya diadakan ketika menyambut kelahiran bayi baru dalam ahli keluarga.Pakaian tradisional orang Melayu adalah baju kurung dan baju melayu. Makanan tradisi orang Melayu adalah Nasi Lemak, ketupat, rendang dan lain lain lagi.



Bagi kepercayaan dan agama orang Melayu adalah Agama Islamiaitu kepercayaan kepada tuhan yang satu ALLAH SWT.





KAUM CINA 


Sebelum kedatangan British bilangan masyarakat cina adalah terlalu kecil dan kebanyakannya pekerja sebagai peniaga sahaja .Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai - ramai berlaku selepas pengambilalihan Pulau Pinang oleh British dari tangan sultan Kedah pada tahun 1786. Masyarakat Cina lebih tertumpu dalam aktiviti perlombongan bijih timah .Buruh cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran yang di panggil 'surat sungai' .Kelompok utama masyarakat cina adalah Hokkien,Kantonis,Hakka,Teochew dan Hailam.



BUDAYA DAN AGAMA


Orang Cina mengamalkan fahaman taoisme dan confucianisme .Adat resam orang cina adalah keinginan mendapat anak pertama lelaki .seterusnya kepentingan pelajaran terhadap setiap individu.Masyarakat cina sering mengadakan perarakan apabila berlaku sebarang kematian . perarakan ini akan diiringini oleh iringan muzik dan biasanya menelan kos yang besar .Kaum Cina menyambut perayaan tahun baru cina ,perayaan ching ming  dan perayaan hantu lapar.





KAUM INDIA


Penghijrahan masyarakat india ke tanah melayu berlaku secara besar besaran mulai tahun 1840 an. mereka mula bekerja sebagai peladang di ladang ladang tebu dan kopi di seberang prai. kumpulan etnik terbesar kaum india di tanah melayu ialah orang tamil yang membentuk 80% di tanah melayu. orang punjabi turut antara kaum terawal di tanah melayu. sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh buruh india adalah sistem kangani. selain itu, wujud juga sistem kontrak di mana seseorang pekerja itu bekerja mengikut jangka masa tertentu sebagaimana yang disebut dalam kontrak.


BUDAYA DAN AGAMA

Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat india ialah agama Hindu. Antara ciri ciri yang terkandung dalam konsep agama hindu ialah konsep kepercayaan kepada dewa dewa. Seterusnya konsep karma dan kelahiran semula dan kitab kitab veda. Asasnya masyarakat hindu di india terbahagi kepada hieraki sosial yang tertentu. Hieraki tersebut dipanggil sistem kasta. Namun begitu sistem tersebut tidak diamalkan di Malaysia. Perayaan kaum india adalah deepavali, thaipusam dan thai ponggal.





KAUM KAUM LAIN

Masyarakat Sarawak terdiri daripada 28 kumpulan etnik peribumi. Kaum majoriti di sarawak meliputi orang Iban (dayak laut), orang Melayu dan orang Melanau. Orang iban tidak mempunyai pegangan agama pada suatu ketika dahulu. Mereka lebih bersifat animisme. namun setelah kedatangan kuasa barat, agama kristian mula disebarkan. Oleh itu, sehingga kini kebanyakkan masyarakat iban menganut agama kristian. Bagi masyarakat melayu di Sarawak pula mereka berpegang kepada ajaran agama islam. Bagi masyarakat Melanau pula mereka adalah golongan pagan iaitu tidak mempunyai pegangan agama tetapi setelah pemerintahan sultan Brunei dan keluarga Brooke. Ramai antara mereka yang memeluk agama islam dan kristian.

Masyarakat Sabah pula mempunyai 32 suku kaum. Maysarakat kadazandusun ialah masyarakat terbesar di Sabah. Pada asalnya mereka memegang kepercayaaan animisme namun sebahagian kecil telah memeilih agama islam dan kristian. Bagi masyarakat Bajau, hampir semua di kalangan mereka memeluk agama islam.


BUDAYA DAN AGAMA


Masyarakat Sarawak terdapat sejenis budaya lama yang popular iaitu dipanggil "perburuan kepala". Masyarakat iban tinggal di rumah panjang. Masyarakat Iban mempunyai adat adat khas dalam upacara kematian serta kelahiran bayi. Jenis tarian mereka adalah ngajat, bepencaha, berkuntau, main kerichap dan main chekak. Kaum Iban pula terkenal dengan tarian perang yang dikenali sebagai "ngajat"
Masyarakat Kadazandusun di Sabah pula mempunyai kebudayaan dan adat resam tersendiri. Misalnya apabila berlaku kematian, proses pengebumian melibatkan seluruh masyarakat. Apabila kelahiran bayi pula, proses memberi nama bayi juga melibatkan perbincangan dengan ahli keluarga. Bagi masyarakat Bajau pula terdapat empat kategori norma atau nilai iaitu hubungan lelali dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian. Masyarakat kadazandusun juga mahir dalam seni menghasilkan kraf tangan.

ADAT DAN BUDAYA KAUM DI MALAYSIA


KAUM MELAYU






KAUM CINA







KAUM INDIA







KAUM SARAWAK




KAUM SABAH



TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA







SEGREGASI

Memperlihatkan tahap hubungan etnik antara kaum atau etnik di Tanah Melayu yang bersifat pemisah. Keadaan ini jelas kelihatan ketika pendudukan British di Tanah Melayu dahulu. Orang Melayu, Cina dan India terpisah kerana berbeza pekerjaan. Orang Melayu kekal sebagai petani atau nelayan manakala kaum Cina pula bekerja di bandar dan kaum india kekal di estet estet. Dari aspek pendidikan pula setiap kaum diasingkan mengikut sekolah masing masing. Formula bagi segregasi adalah A/B/C


AKOMODASI

Setiap kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh kaum lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup masing masing. Di Malaysia m,asyarakat Melayu, Cina dan India tetap mengamalkan dan memepertahankan budaya masing masing. Formula akomodasi adalah A + B+ C = A + B + C


AKULTURASI


Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya lain. Contoh ketara di Malaysia adalah pemberian duit raya oleh orang Melayu semasa hari raya yang pada asalnya merupakan adat pemberian ang pau kaum Cina. Formula bagi akulturasi adalah Abc + Bac + Cab


ASIMILASI


Proses pencantuman dan penyatuan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama. Proses ini bermakna kumpulan budaya sesuatu kaum atau etnik minoriti menerima budaya kumpulan etnik lain yang dominan. Contohnya masyarakat Melayu di Thailand dan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Formula nya adalah A + B + C = A


AMALGAMASI

Proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya atau ras yang baharu. Ia biasanya terjadi apabila melibatkan perkahwinan campur antara etnik dan kaum. Formula bagi amalgamasi adalah A + B + C = D

PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

MAKSUD PERPADUAN DAN INTEGRASI

Perpaduan ialah suatu proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik.


Integrasi pula melibatkan semua penyatuan di atas termasuk aspek biologikal.


Perpaduan turut didefinisikan sebagai suatu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.


Secara umum nya Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Mempunyai agama, kebudayaan, adat dan kepercayaan tersendiri. Namun itu lah yang mejadikan Malaysia salah sebuah negara yang unik dari segi kepelbagaian dalam masyarakat. Justeru itu kedua dua konsep ini adalah amat penting bagi mewujudkan perpaduan di Malaysia


ASAS INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA

Pada zaman penjajahan British, pengasingan kaum sangat ketara. Sebahagian besar adalah disebabkan dasar "pecah dan perintah" yang diamalkan oleh British. Jurang pengasingan kaum ini bukan sahaja antara kaum bumiputera dengan bukan bumiputera, bahkan dalam kaum itu sendiri juga. Malahan jurang antara penduduk di kawasan maju dan di kawasan mundur turut jelas diperlihatkan ketika era pemerintahan British.

Justeru fenomena masyarakat majmuk inilah yang perlu diberi perhatian agar perpaduan menjadi kenyataan. Perpaduan dan integrasi boleh didefinisikan sebagai pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional dalam kalangan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Oleh itu sebuah kementerian telah diwujudkan bagi merealisasikan pencapaian konsep perpaduan dan integrasi. Kementerian tersebut adalah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.



OBJEKTIF KEMENTERIAN PERPADDUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SEMASA DITUBUHKAN PADA TAHUN 1990



  • Menggalakkkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional
  • Memberika bantuan khidmat kebajikan masyarakat
  • Membangun dan mengintegrasikan masyarakat orang Asli
  • Memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara
  • Menyelaraskan program kependudukan dan pembangunan keluarga



Bagi melaksanakan usaha kementerian ini, beberapa buah jabatan dibawahnya ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) , Jabatan Perpaduan Negara , Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) , Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara(YKN). Jabatan yang penting untuk merealisasikan pelaksanaan perpaduan ialah Jabatan Perpaduan Negara  yang ditubukan pada tahun 1969. Piagam jabatan ini ialah 'Komited untuk mendukung hasrat negara untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu , hidup harmoni , bantu-membantu , penuh dengan semangat muhibah dan penyayang',

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL

1. PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL ATAU PETEMPATAN
  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum masing-masing. 
  • Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara ini pada awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakan semasa pendudukan British. 
  • Pendudukan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai.
  • Terdapat perkampungan Melayu di kawasan pinggir pekan dan di bandar pula kelihatan kedai-kedai Cina sementara buruh-buruh India bertumpu di ladang-ladang getah. 
  • Di Sabah dan Sarawak pula, wujud perkampungan yang terdiri dari rumah panjang kaum Iban dan kampung kaum Kadazan. Mereka ini terpisah dan berbeza antara satu sama lain. 
  • Faktor lain pemisahan tempat tinggal mereka iaitu ; 
a) Dari segi psikologi, mereka rasa lebih selamat untuk tinggal berdekatan dengan 
kenalan, rakan-rakan dan saudara mara.
b) Kurang memahami budaya, agama, adat resam dan pantang larang kaum-kaum lain. 
c) Akibat dasar ' pecah da perintah' yang dilaksanakan oleh pihak British
 untuk kemudahan mereka.



2. PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI
  • Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasihan sektor ekonomi setiap kaum.
  • Orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan sementara orang India dikekalkan di estet-estet.
  • Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul.


3. PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
  • Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara kaum.
  • Bagi pelajar Melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan, iaitu sekolah vernakular Melayu ataupun beraliran Inggeris. Namun, sekolah beraliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan. 
  • Pelajaran di sekolah-sekolah Melayu pula hanyalah berbentuk pendidikan asas kerana mereka tidak digalakkan untuk menjadi terlampau pandai dan menguasai bidang akademik. 
  • Bagi masyarakat India, sekolah tamil dibuka di estet-estet. Walaupun guru-guru yang mengajar di sini dibawa dari India, namun mutu pengajaran mereka sangat rendah. 
  • Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam bahasa Tamil.
  • Orang Cina juga mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri. Orang Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka. 
  • Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah ini dibawa dari negara China. 
  • Cina lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding dengan perkembangan di Tanah Melayu. 
  • Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa pada zaman British, aliran-aliran pendidikan di negara ini berasingan dan memisahkan pandangan dan tumpuan antara kaum. 
  • British tidak bercadang menyatukan semua kaum dalam satu sistem pendidikan kerana hal ini boleh melahirkan semangat perpaduan dan nasionalisme yang sama dalam kalangan rakyat. 
  • Di samping itu, pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk asli Sabah dan Sarawak.
  • Di Sarawak, keluarga Brooke merasakan anak-anak orang Dayak tidak perlu diberi pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semula jadi yang wujud dalam budaya mereka. 

4. FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YANG BERBEZA
  • Fahaman politik setiap kaum juga sangat berbeza. 
  • Bagi kaum Cina dan India, hal-hal yang berlaku di negara asal mereka adalah lebih penting daripada isu politik di Tanah Melayu.
  • Pada tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di begara China. 
  • Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu anak-saudara mereka, 
  • Orang India juga masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali. 
  • Bagi orang Melayu sendiri, mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara. 
  • Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu kepada kaum mereka sendiri dan tidak mengambil kira keadaan kaum-kaum lain. 
  • Selain itu, perasaan curiga sesama kaum menyukarkan mereka untuk bekerjasama. 
  • Fahaman politik yang berbeza juga menyebabkan kesukaran PERIKATAN untuk menang 2/3 majoriti dalam Pilihan Raya 1969 walaupun pada waktu itu MCA dan MIC telah menganggotai PERIKATAN. 

5. MASALAH EKONOMI 
  • Dalam bidang ekonomi, jelas orang Melayu dan penduduk asli lain menguasai bidang yang mundur, iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah sementara pulangan dan gajinya yang rendah. 
  • Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden dan memberi kesan ketidakseimbangan pendapatan. 
  • Ketidakseimbangan pendapatan ini juga menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain. 
  • Orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina, sementara orang Cina dan India pula mencemburui kelebihan orang Melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor-sektor pentadbiran awam. 
6. PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA
  • Secara amnya, setiap kaum menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragama Islam, India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha. 
  • Selain masyarakat di Semenanjung, ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian. 
  • Sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab terdahulu, pegangan dan ideologi setiap agama ini berbeza. 
  • Oleh itu, sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya tiada sifat tolak ansur bagi setiap kaum dengan fahaman agama kaum lain. 

7. PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA-BEZA


  • Setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja.
  • Akhbar bahasa Cina, misalnya mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di negara China sementara akhbar berbahasa Tamil menonjolkan berita di India. 
  • Perkembangan ini memperkuatkan semangat kecintaan kepada tanah air asal dan kaum masing-masing sahaja serta menyulitkan merekaa untuk memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum-kaum lain. 

8. PEMERINTAHAN JEPUN
  • Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945.
  • Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberikan peluang kepada orang Melayu terlibat dalam sektor pentadbiran.
  • Situasi ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman.
  • Apabila Jepun menyerah kalah, iaitu sebelum pihak British kembali ke tanah Melayu, ramai antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan membalas dendam terhadap orang Melayu.
  • Pergaduhan yang sengit berlaku antara orang Melayu dengan orang Cina telah melibatkan banyak kematian. 
  • Walaupun Bintang Tiga dapat ditumpaskan setelah kembalinya British, namun sentimen perkauman ini masih kuat dalam kalangan mereka. 

VIDEO PERPADUAN






SOALAN





Berapakah tahap perkembangan hubungan etnik yang wujud di Malaysia pada zaman penjajahan sehingga sekarang?


  • Tahap perkembangan hubungan etnik yang wujud di malaysia pada zaman penjajahan sehingga sekarang ialah ada lima iaitu Segrasi , Akomodasi , Akulturasi , Asimilasi , Amalgamasi




Apakah maksud Amalgamasi?


  • Amalgamasi adalah proses pencatuman dari segi biologi. proses ini akan melahirkan satu kelompok etnik baru yang akan memilili ciri-ciri baru , khasnya ciri-ciri biologi termasuk kebudayyan baru . Proses ini hanya boleh berlaku dalam sesebuah masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campur secara besar- besaran.




Apakah maksud konsep chun zhi 

  • Konsep Chun Zhi bermaksud manusia yang benar , manusia yang sempurna dan manusia yang terbaik. dalam Agama Islam , konsep ini boleh disamakan dengan konsep insan kamil   (Manusia Sempurna)





Nyatakan kelompok utama orang india .

  • Kelompok utama Orang India ada empat iaitu Tamil , Malayali, Telegu , Punjabi





Bilakah berlakunya kemasukan orang Cina beramai-ramai ke Tanah Melayu ?

  • Kemasukan Orang Cina beramai-ramai ke Tanah Melayu berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British





Apakah maksud 'Pagan'?
  • Pagan ialah orang ynag tidak percaya pada sebarang agama utama seperti Islam, Kristian , dan seumpanya.




Apakah formula untuk Asimilasi?  

  • Formula untuk Asimilasi ialah    A + B  + C = A(Dominan)





Kitab veda ada berapa ?

  • Kitab Veda ada empat iaitu Atharva , Brahmanas , Aranyakas , Upanisads




Apakah maksud Animisme?

  • Animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat(roh)




Huraikan maksud Wayang Kulit .

  • Wayang Kulit merupakan persembahan bayangan patung meggunakan bahasa Melayu - Siam Selatan . Seni hiburan ini popular di pantai timur serta megandungi unsur dan pengaruh daripada Hindu dan Islam.