- Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum masing-masing.
- Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara ini pada awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakan semasa pendudukan British.
- Pendudukan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai.
- Terdapat perkampungan Melayu di kawasan pinggir pekan dan di bandar pula kelihatan kedai-kedai Cina sementara buruh-buruh India bertumpu di ladang-ladang getah.
- Di Sabah dan Sarawak pula, wujud perkampungan yang terdiri dari rumah panjang kaum Iban dan kampung kaum Kadazan. Mereka ini terpisah dan berbeza antara satu sama lain.
- Faktor lain pemisahan tempat tinggal mereka iaitu ;
a) Dari segi psikologi, mereka rasa lebih selamat untuk tinggal berdekatan dengan
kenalan, rakan-rakan dan saudara mara.
b) Kurang memahami budaya, agama, adat resam dan pantang larang kaum-kaum lain.
c) Akibat dasar ' pecah da perintah' yang dilaksanakan oleh pihak British
untuk kemudahan mereka.
2. PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI
- Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasihan sektor ekonomi setiap kaum.
- Orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan sementara orang India dikekalkan di estet-estet.
- Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul.
3. PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
- Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara kaum.
- Bagi pelajar Melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan, iaitu sekolah vernakular Melayu ataupun beraliran Inggeris. Namun, sekolah beraliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan.
- Pelajaran di sekolah-sekolah Melayu pula hanyalah berbentuk pendidikan asas kerana mereka tidak digalakkan untuk menjadi terlampau pandai dan menguasai bidang akademik.
- Bagi masyarakat India, sekolah tamil dibuka di estet-estet. Walaupun guru-guru yang mengajar di sini dibawa dari India, namun mutu pengajaran mereka sangat rendah.
- Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam bahasa Tamil.
- Orang Cina juga mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri. Orang Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka.
- Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah ini dibawa dari negara China.
- Cina lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding dengan perkembangan di Tanah Melayu.
- Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa pada zaman British, aliran-aliran pendidikan di negara ini berasingan dan memisahkan pandangan dan tumpuan antara kaum.
- British tidak bercadang menyatukan semua kaum dalam satu sistem pendidikan kerana hal ini boleh melahirkan semangat perpaduan dan nasionalisme yang sama dalam kalangan rakyat.
- Di samping itu, pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk asli Sabah dan Sarawak.
- Di Sarawak, keluarga Brooke merasakan anak-anak orang Dayak tidak perlu diberi pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semula jadi yang wujud dalam budaya mereka.
4. FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YANG BERBEZA
- Fahaman politik setiap kaum juga sangat berbeza.
- Bagi kaum Cina dan India, hal-hal yang berlaku di negara asal mereka adalah lebih penting daripada isu politik di Tanah Melayu.
- Pada tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di begara China.
- Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu anak-saudara mereka,
- Orang India juga masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali.
- Bagi orang Melayu sendiri, mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara.
- Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu kepada kaum mereka sendiri dan tidak mengambil kira keadaan kaum-kaum lain.
- Selain itu, perasaan curiga sesama kaum menyukarkan mereka untuk bekerjasama.
- Fahaman politik yang berbeza juga menyebabkan kesukaran PERIKATAN untuk menang 2/3 majoriti dalam Pilihan Raya 1969 walaupun pada waktu itu MCA dan MIC telah menganggotai PERIKATAN.
5. MASALAH EKONOMI
- Dalam bidang ekonomi, jelas orang Melayu dan penduduk asli lain menguasai bidang yang mundur, iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah sementara pulangan dan gajinya yang rendah.
- Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden dan memberi kesan ketidakseimbangan pendapatan.
- Ketidakseimbangan pendapatan ini juga menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain.
- Orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina, sementara orang Cina dan India pula mencemburui kelebihan orang Melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor-sektor pentadbiran awam.
6. PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA
- Secara amnya, setiap kaum menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragama Islam, India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha.
- Selain masyarakat di Semenanjung, ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian.
- Sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab terdahulu, pegangan dan ideologi setiap agama ini berbeza.
- Oleh itu, sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya tiada sifat tolak ansur bagi setiap kaum dengan fahaman agama kaum lain.
7. PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA-BEZA
- Setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja.
- Akhbar bahasa Cina, misalnya mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di negara China sementara akhbar berbahasa Tamil menonjolkan berita di India.
- Perkembangan ini memperkuatkan semangat kecintaan kepada tanah air asal dan kaum masing-masing sahaja serta menyulitkan merekaa untuk memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum-kaum lain.
8. PEMERINTAHAN JEPUN
- Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945.
- Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberikan peluang kepada orang Melayu terlibat dalam sektor pentadbiran.
- Situasi ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman.
- Apabila Jepun menyerah kalah, iaitu sebelum pihak British kembali ke tanah Melayu, ramai antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan membalas dendam terhadap orang Melayu.
- Pergaduhan yang sengit berlaku antara orang Melayu dengan orang Cina telah melibatkan banyak kematian.
- Walaupun Bintang Tiga dapat ditumpaskan setelah kembalinya British, namun sentimen perkauman ini masih kuat dalam kalangan mereka.
thanks for this
ReplyDelete