Berapakah tahap perkembangan hubungan etnik yang wujud di Malaysia pada zaman penjajahan sehingga sekarang?
- Tahap perkembangan hubungan etnik yang wujud di malaysia pada zaman penjajahan sehingga sekarang ialah ada lima iaitu Segrasi , Akomodasi , Akulturasi , Asimilasi , Amalgamasi
Apakah maksud Amalgamasi?
- Amalgamasi adalah proses pencatuman dari segi biologi. proses ini akan melahirkan satu kelompok etnik baru yang akan memilili ciri-ciri baru , khasnya ciri-ciri biologi termasuk kebudayyan baru . Proses ini hanya boleh berlaku dalam sesebuah masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campur secara besar- besaran.
Apakah maksud konsep chun zhi
- Konsep Chun Zhi bermaksud manusia yang benar , manusia yang sempurna dan manusia yang terbaik. dalam Agama Islam , konsep ini boleh disamakan dengan konsep insan kamil (Manusia Sempurna)
Nyatakan kelompok utama orang india .
- Kelompok utama Orang India ada empat iaitu Tamil , Malayali, Telegu , Punjabi
Bilakah berlakunya kemasukan orang Cina beramai-ramai ke Tanah Melayu ?
- Kemasukan Orang Cina beramai-ramai ke Tanah Melayu berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British
Apakah maksud 'Pagan'?
- Pagan ialah orang ynag tidak percaya pada sebarang agama utama seperti Islam, Kristian , dan seumpanya.
Apakah formula untuk Asimilasi?
- Formula untuk Asimilasi ialah A + B + C = A(Dominan)
Kitab veda ada berapa ?
- Kitab Veda ada empat iaitu Atharva , Brahmanas , Aranyakas , Upanisads
Apakah maksud Animisme?
- Animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat(roh)
Huraikan maksud Wayang Kulit .
- Wayang Kulit merupakan persembahan bayangan patung meggunakan bahasa Melayu - Siam Selatan . Seni hiburan ini popular di pantai timur serta megandungi unsur dan pengaruh daripada Hindu dan Islam.
No comments:
Post a Comment