Sunday, 27 September 2015

ETNIK DAN KAUM DI MALAYSIA





KAUM MELAYU

Orang melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu secara umumnya. Pada suatu ketika dahulu, ekonomi utama masyarakat Melayu persisir pantai adalah perdagangan. Perdagangan utama adalah melalui sungai sungai utama Tanah Melayu. Justeru, kerajaan Melayu tradisional tertumpu di tepi sungai dan muara sungai. Kegiatan utama orang Melayu pada masa dahulu jugak adalah menangkap ikan (nelayan) dan bertani untuk sara diri. Kaum melayu masih kekal di perkampungan masing masing walaupun terdapat kemunculan bandar-bandar baru disebabkan oleh kemasukan buruh buruh asing oleh Bitish pada ketika zaman penjajahan


BUDAYA DAN AGAMA


Orang Melayu khususnya menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Merisik, meminang, bertunang dan bersanding adalah adat perkahwinan orang Melayu. Cukur jambul kebiasaannya diadakan ketika menyambut kelahiran bayi baru dalam ahli keluarga.Pakaian tradisional orang Melayu adalah baju kurung dan baju melayu. Makanan tradisi orang Melayu adalah Nasi Lemak, ketupat, rendang dan lain lain lagi.



Bagi kepercayaan dan agama orang Melayu adalah Agama Islamiaitu kepercayaan kepada tuhan yang satu ALLAH SWT.





KAUM CINA 


Sebelum kedatangan British bilangan masyarakat cina adalah terlalu kecil dan kebanyakannya pekerja sebagai peniaga sahaja .Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai - ramai berlaku selepas pengambilalihan Pulau Pinang oleh British dari tangan sultan Kedah pada tahun 1786. Masyarakat Cina lebih tertumpu dalam aktiviti perlombongan bijih timah .Buruh cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran yang di panggil 'surat sungai' .Kelompok utama masyarakat cina adalah Hokkien,Kantonis,Hakka,Teochew dan Hailam.



BUDAYA DAN AGAMA


Orang Cina mengamalkan fahaman taoisme dan confucianisme .Adat resam orang cina adalah keinginan mendapat anak pertama lelaki .seterusnya kepentingan pelajaran terhadap setiap individu.Masyarakat cina sering mengadakan perarakan apabila berlaku sebarang kematian . perarakan ini akan diiringini oleh iringan muzik dan biasanya menelan kos yang besar .Kaum Cina menyambut perayaan tahun baru cina ,perayaan ching ming  dan perayaan hantu lapar.





KAUM INDIA


Penghijrahan masyarakat india ke tanah melayu berlaku secara besar besaran mulai tahun 1840 an. mereka mula bekerja sebagai peladang di ladang ladang tebu dan kopi di seberang prai. kumpulan etnik terbesar kaum india di tanah melayu ialah orang tamil yang membentuk 80% di tanah melayu. orang punjabi turut antara kaum terawal di tanah melayu. sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh buruh india adalah sistem kangani. selain itu, wujud juga sistem kontrak di mana seseorang pekerja itu bekerja mengikut jangka masa tertentu sebagaimana yang disebut dalam kontrak.


BUDAYA DAN AGAMA

Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat india ialah agama Hindu. Antara ciri ciri yang terkandung dalam konsep agama hindu ialah konsep kepercayaan kepada dewa dewa. Seterusnya konsep karma dan kelahiran semula dan kitab kitab veda. Asasnya masyarakat hindu di india terbahagi kepada hieraki sosial yang tertentu. Hieraki tersebut dipanggil sistem kasta. Namun begitu sistem tersebut tidak diamalkan di Malaysia. Perayaan kaum india adalah deepavali, thaipusam dan thai ponggal.





KAUM KAUM LAIN

Masyarakat Sarawak terdiri daripada 28 kumpulan etnik peribumi. Kaum majoriti di sarawak meliputi orang Iban (dayak laut), orang Melayu dan orang Melanau. Orang iban tidak mempunyai pegangan agama pada suatu ketika dahulu. Mereka lebih bersifat animisme. namun setelah kedatangan kuasa barat, agama kristian mula disebarkan. Oleh itu, sehingga kini kebanyakkan masyarakat iban menganut agama kristian. Bagi masyarakat melayu di Sarawak pula mereka berpegang kepada ajaran agama islam. Bagi masyarakat Melanau pula mereka adalah golongan pagan iaitu tidak mempunyai pegangan agama tetapi setelah pemerintahan sultan Brunei dan keluarga Brooke. Ramai antara mereka yang memeluk agama islam dan kristian.

Masyarakat Sabah pula mempunyai 32 suku kaum. Maysarakat kadazandusun ialah masyarakat terbesar di Sabah. Pada asalnya mereka memegang kepercayaaan animisme namun sebahagian kecil telah memeilih agama islam dan kristian. Bagi masyarakat Bajau, hampir semua di kalangan mereka memeluk agama islam.


BUDAYA DAN AGAMA


Masyarakat Sarawak terdapat sejenis budaya lama yang popular iaitu dipanggil "perburuan kepala". Masyarakat iban tinggal di rumah panjang. Masyarakat Iban mempunyai adat adat khas dalam upacara kematian serta kelahiran bayi. Jenis tarian mereka adalah ngajat, bepencaha, berkuntau, main kerichap dan main chekak. Kaum Iban pula terkenal dengan tarian perang yang dikenali sebagai "ngajat"
Masyarakat Kadazandusun di Sabah pula mempunyai kebudayaan dan adat resam tersendiri. Misalnya apabila berlaku kematian, proses pengebumian melibatkan seluruh masyarakat. Apabila kelahiran bayi pula, proses memberi nama bayi juga melibatkan perbincangan dengan ahli keluarga. Bagi masyarakat Bajau pula terdapat empat kategori norma atau nilai iaitu hubungan lelali dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian. Masyarakat kadazandusun juga mahir dalam seni menghasilkan kraf tangan.

No comments:

Post a Comment