SEGREGASI
Memperlihatkan tahap hubungan etnik antara kaum atau etnik di Tanah Melayu yang bersifat pemisah. Keadaan ini jelas kelihatan ketika pendudukan British di Tanah Melayu dahulu. Orang Melayu, Cina dan India terpisah kerana berbeza pekerjaan. Orang Melayu kekal sebagai petani atau nelayan manakala kaum Cina pula bekerja di bandar dan kaum india kekal di estet estet. Dari aspek pendidikan pula setiap kaum diasingkan mengikut sekolah masing masing. Formula bagi segregasi adalah A/B/C
AKOMODASI
Setiap kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh kaum lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup masing masing. Di Malaysia m,asyarakat Melayu, Cina dan India tetap mengamalkan dan memepertahankan budaya masing masing. Formula akomodasi adalah A + B+ C = A + B + C
AKULTURASI
Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya lain. Contoh ketara di Malaysia adalah pemberian duit raya oleh orang Melayu semasa hari raya yang pada asalnya merupakan adat pemberian ang pau kaum Cina. Formula bagi akulturasi adalah Abc + Bac + Cab
ASIMILASI
Proses pencantuman dan penyatuan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama. Proses ini bermakna kumpulan budaya sesuatu kaum atau etnik minoriti menerima budaya kumpulan etnik lain yang dominan. Contohnya masyarakat Melayu di Thailand dan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Formula nya adalah A + B + C = A
AMALGAMASI
Proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya atau ras yang baharu. Ia biasanya terjadi apabila melibatkan perkahwinan campur antara etnik dan kaum. Formula bagi amalgamasi adalah A + B + C = D
No comments:
Post a Comment